Mar 20, 2008

Tok Guru Haji Abdullah Lubok Tapah meninggal


9.25am | 19 Mac
KOTA BHARU: Penguasa Pondok Lubok Tapah, Tuan Guru Haji Abdullah Abdul Rahman, telah kembali ke Rahmatullah pagi ini selepas keuzuran akibat penyakit angin ahmar dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.
Tuan Guru Haji Abdullah meninggal dunia kira-kira jam 7.00 pagi ini dalam usianya yang menjangkau 74 tahun selepas mewakafkan sebahagian besar dari hayatnya mencurah ilmu agama tanpa henti dan turut bersama-sama mendukung perjuangan politik Islam di negeri Kelantan bersama PAS.
Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendukung perjuangan PAS dan sering dipanggil untuk mengimami solat hajat khususnya dalam mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
Sejak akhir-akhir ini Allahyarham agak keuzuran menyebabkan beliau tidak menghadiri majlis-majlis anjuran PAS, termasuk ketika Munajat Perdana di Stadium Sultan Mohd Ke-IV sehari sebelum hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-12 baru- baru ini.



Jenazahnya dijangka dikebumikan jam 5 petang ini di tanah perkuburan Lubok Tapah. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan anak muridnya. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyaraham ditempatkan bersama roh para Anbia’ dan Solihin. Amin.

http://kelantankini.com

1 comment:

Bee said...

saya pernah mendengar ceramah ilmu dari almarhum pada 1994. ilmu yang disampaikan berkenaan balaghah walaupun saya tak tau apa2 ttg balaghah pada masa itu. Alhamdulillah setahun slepas itu saya dpt fahami dan berterima kasih kpd Tok Guru Loh... Ya Allah... tempatkan rohnya bersama para solihin... Ya Rabbal 'Alamin.. pilu rasanya hatiku... Ya Allah.......

Pengasas

Md Rozaidi Bin Abd Rahman =>
KPLI (Pend. Islam & Bahasa Arab), B.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM), M.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM).
Jika diizinkan Allah s.w.t., akan berusaha menyambung ke peringkat Ph.D.
insyaallah... Ameeen...
 

Featured