Nov 11, 2008

Inikah Cara Memberi Salam Melalaui 'SMS'???

Assalamualaikum diucapkan kepada semua. Semoga kita sentiasa dalam kerahmatanNya sentiasa. Selawat dan salam ditujukan khusus buat nabi tercinta Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam. Amma ba'du;

Saya mendapat e-mail dari seorang sahabat yang membicarakan tentang hal keadaan masyarakat di zaman teknologi ini yang mana berkaitan memberi salam melalui 'short message system'. Pengendali ingin berkongsi pendapat bersama para sahabat dan para pengunjung tentang hal ini. Semoga kita sama-sama menambahkan ilmu. Antaranya;


Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi
citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg
penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr ..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah
berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui
tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah
kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna
dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",
kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari
perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA
KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA
ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....




Nov 10, 2008

LELAKI PEMIMPIN WANITA


Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam.

Sumber: http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/sosial.htm

Nov 4, 2008

Gubahan ayat Al-Quran Palsu...sebarkan

WASPADA….. !!!! ini adalah yang telah disebarkan di Malaysia...



Tindakan terdesak golongan extrimis

agama...memesongkan akidah umat Islam> Apa tindakan kita...!!!!

Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul “The True Furqan” isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; Judul lain buku ini ‘The 21st Century Quran‘! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.

Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.
"

Nov 2, 2008

3 pengebom Bali dimaklum jalani hukuman, saudara-mara kunjung


TIGA pengebom berani mati Bali (dari kiri) Ali Ghufron, Imam Samudra dan Amrozi Nurhasyim. - foto AP






mStar: JAKARTA: Tiga militan yang terbabit dalam kejadian pengeboman Bali, yang berlaku lima tahun lalu, dijangka menjalani hukuman mati dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu pihak berkuasa Indonesia telah meningkatkan tahap keselamatan bimbang pelaksanaan hukuman akan mencetuskan kekacauan.

Keputusan pelaksanaan kepada mereka yang terdiri daripada Imam Samudra dan adik-beradik, Amrozi Nurhasyim dan Ali Ghufron yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI), sudah dimaklumkan malam kelmarin.

"Keselamatan lebih ketat berbanding sebelum ini, lebih ramai anggota polis ditempatkan, oleh itu masa pelaksanaan hukuman semakin dekat," kata jurucakap Peguam Negara, Jasman Pandjaitan semalam.

Justeru ketiga-tiga mereka telah ditempatkan di bilik pengasingan.

Minggu lalu kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa hukuman ke atas mereka akan dijalankan awal bulan ini.

Semua hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak dan biasanya dilakukan di lokasi dan waktu yang tidak dinyatakan.

Siri rayuan mereka telah pun ditolak oleh mahkamah.

Malah, kesemua mereka sebelum ini enggan memohon pengampunan daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono selepas Mahkamah Agung menolak rayuan terakhir mereka.

Hukuman itu dilaksanakan setelah lima tahun Imam Samudra, Amrozi dan Ali didapati bersalah kerana melancarkan serangan bom ke atas kelab malam di Kuta, Bali yang meragut 202 nyawa pada Oktober 2002.

Mereka kini ditahan di penjara yang dikawal ketat di Pulau Nusakembangan iaitu tempat sama hukuman mati akan dijalankan.

Ketiga-tiga mereka bertegas untuk mati syahid kerana menganggap apa yang dilakukan oleh mereka sebagai suatu jihad.

Dalam pada itu, laporan AFP menyebut, Ali Fauzi, adik kepada Amrozi dan Mukhlas akan melawat kedua-dua mereka pagi esok, sebagai "kunjungan biasa" di Penjara Nusakambangan.

Pagi ini seorang lagi abangnya telah pergi ke Bali untuk menyerahkan surat rayuan menghalang hukuman daripada dilaksanakan, katanya.




Oct 27, 2008

Apakah Ini Sifat Munafik Dalam Jamaah?

Assalamualaikum kepada para sahabat dan pengunjung sekalian...

Selawat dan salam ke ats junjungan tercinta Nabi Muhammad sollollohu 'alaihi wasallam. Amma ba'du;

Sudah lama pengendali tidak mengemaskini blog ini, kali ini mungkin para sahabat merasa hairan dengan bahan ini. Tidak seperti biasa, namun sebagai luahan hati pengendali dan sekadar jawapan ikhlas untuk memenuhi pertanyaan yang diajukan oleh seorang sahabat dari perasaan tidak senang dengan keadaan semasa.

Ingin pengendali memberi respon dan jawapan kepadanya secara terus, tapi sikap suka "baling batu sembunyi tangan" membuatkan ramai para sahabat lain terkilan dengan sikapnya itu. Pengendali juga cuba untuk berlaku adil dalam memberi jawapan walau ianya terkena pada diri.
Sebahagian nama tidak dapat disebut bagi menjaga maruah dan perasaan sahabat lain.

Antara pertanyaan yang diajukan setelah talian di"off"kan;

nur_mlm70 (10/26/2008 2:47:07 AM): kami daripada muslimat2 Kedah sebenarnya malu dgn sikap ukhti ***** selama ini, nak ditegur, setelah disemak beliau bukan ahli jemaah kami di K***h. kami khuatir beliau adalah troopers yg merosakkan jemaah kelab GB. Mahukah enta mempunyai seorang anak bersifat dgn sifat2 yg dimiliki *****? Jika tidak mengapa enta berdiam diri dengan kemungkara yang amat nyata dilakukannya?

Jawapan= Apakah kemungkaran yg telah dilakukan oleh ukhti ***** selama ini di kelab GB? selama ana bersama kelab GB ana tidak nampak apa yang melanggari syariat. Harap nur_malam jelaskan jika ada di sana kemungkaran yg ana terlepas pandang... Jangan dituduh sebarangan tanpa bukti kerana ditakuti fitnah yang akan merosakkan sesama muslim.

nur_mlm70 (10/26/2008 7:13:22 AM): Kerana itulah beliau terlalu galak. Dan itu sebab kamu-kamu lelaki yg miang amat suka kepada perangai hodoh beliau. Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."

Jawapan= Ukhti nur_malam... Apakah ukhti faham secara mendalam dengan tafsiran surah an-Nur itu? Apakah kalimah "keji" "الخبيثات" boleh ditujukan kepada ***** disebabkan hanya ayat-ayat "galak" dalam internet itu? Apakah semua perkataan dalam interent boleh dikategorikan perangai hodoh @ menggambarkan perangai hodoh seseorang? Cubalah ukhti selidik balik huraian ayat dan kalimah "keji" itu, kerana kalimah itu ditujukan kepada wanita yang rusak akhlak dan agamanyanya. Apakah dihukumkan orang yang galak dalam internet itu sedemikian?

Terima kasih diucapkan kerana menegur kaum lelaki yang agak miang itu. Namun miang yang dinyatakan itu terdapat batasan agama dalamnya.

nur_mlm70 (10/26/2008 7:10:16 AM): Kami telah menyiasat latarbelakang ***** , dan kami mengetahui beliau bukan seorang anak dara sekalipun beliau belum bernikah. Kami bertanggungjawab SEPENUHNYA kenyataan di atas. Jika tak percaya cuba sdra tanya sendiri kepada ***** apakah kamu masih mempunyai dara wahai *****?

Jawapan= Apakah benar tuduhan ukhti kepada ***** dengan "tiada dara sebelum bernikah" sama maksud dengan ZINA? Jika YA, Subhanallah wahai ukhti nur dan muslimat kedah!!! Sesungguhnya ana dan para sahabat lain berlindung dengan Allah Yang Maha Mengetahui dari menuduh seseorang muslimah melakukan perbuatan terkutuk itu! Ukhti nur dan kaum muslimat kedah bertanggungjawab SEPENUHNYA atas tuduhan itu, serta menanggung dosa besar nanti...

Apakah kalian benar-benar mempunyai bukti yang kukuh dengan dakwaan tersebut? Sudahkah terbukti 4 saksi lelaki yang adil melihat dengan mata sendiri kadar "hashafah" zakar dimasukkan ke dalam faraj bagi tuduhan zina? Jika tiada bukti sedemikian hukuman Qazaf akan
menimpa ukhti nur dan muslimat kedah. Berlindunglah wahai kaum muslimah dari api neraka Allah jika tiada bukti yg kukuh bagi tuduhan itu... Sekali lagi ana dan para sahabat berlindung dengan Allah dari tuduhan tersebut.

nur_mlm70 (10/26/2008 7:07:40 AM): Ini menunjukkan bahawa perbuatan yg menyakitkan hati org lain itu tak mengira Islam atau tidak, ada dalilnya supaya Allah hancurkan mereka. Kamu nak jawab apa?

Jawapan= Apakah kadar menyakiti hati seseorg yang dibenarkan untuk didoakan kehancuran kepadanya? Apakah dengan hanya berbeza pendapat dalam kelab dikategorikan telah menyakiti hati orang dan dibenarkan mendoakan kehancuran kepadanya? kembalilah kepada Islam yang sebenar wahai ukhti nur, jangan melepaskan geram terhadap seseorang dengan perasaan jahat!!!

nur_mlm70 (10/26/2008 7:05:01 AM): Dalilnya : Nabi Muhammad saw pernah berdoa "Hancurkanlah Quraish" 3 kali ketika peristiwa arab quraish meletakkan uri unta semasa nabi sedang bersujud dan baginda bangun setelah Fatimah mengalihkan uri unta tersebut dari tengkuknya. dipetik dari Radio IKIM.fm 25/05/08 rancangan Sunnah Nabi .

Jawapan= Benar Nabi mendoakan kehancuran kepada Quraish sebanyak 3 kali... Namun apakah kaitan dengan masalah yg dihadapi kelab kita ini. Apakah ianya sama dengan peristiwa pada zaman Nabi itu? Wahai ukhti Nur, kaum Quraish yang meletakkan uri dan perut unta semasa Nabi sujud adalah kaum mushrikin yang menentang keras ajaran Islam... sekali lagi apakah kaitan dengan permasalahan yang sedang berlaku ini??? Harap ukhti nur tidak sewenangnya mengambil dalil dan disandarkan kepadanya!!!

nur_mlm70 (10/26/2008 7:04:24 AM): Benar akhi GB ada mendoakan agar dicabut nyawanya kerana utk menurangkan dosanya dan dosa orang lain. Shah Rukh Khan ialah seorang Islam, tetapi tidak salah untuk berdoa agar Allah mencabut nyawanyanya kerana kehadirannya memabawa fitnah yg banyak terhadap umat Islam. Begitu juga Tun Mahathir, tidak salah mendoakan Tuhan mencabut nyawanya segera kerana survivalnya lebih memburukkan keadaan jemaah Islam.

Jawapan= Wahai ukhti nur... anda sekali lagi menyamakan permasalahan ini dengan bersandarkan dalil-dalil yang tidak sesekali tepat! Sekali lagi ana mengulangi, permasalahan yang dihadapi ini hanya dalam kalangan ahli kelab GB. AHLI KELAB GB... Kenapa hendak disamakan dengan shah rukh khan dan Tun Dr. Mahathir? Apakah permasalahan ini melibatkan seluruh umat??!! Wahai ukhti nur... beristighfarlah kepada Allah banyak-banyak.. Jangan diikuti nafsu syaitan laknatullah...

nur_mlm70 (10/26/2008 6:59:23 AM): Dasar lelaki rupa2nya memang miang tak kira tebal mana ugamanya. Dan sdra suka ***** menjadi parasit untuk sdra layan nafsu sdra.

Jawapan= Jika ukhti nur menyamakan lelaki miang, apakah nur sanggup menyamakan ayah ukhti, saudara lelaki ukhti dan anak lelaki ukhti miang sama?? tanpa mengira tebal mana ugamanya??? ana tidak sesekali redha dengan tuduhan jahat ukhti itu.. ana tidak redha dengan tuduhan parasit tersebut... ukhti sedang mengikuti nafsu jahat...

nur_mlm70 (10/26/2008 6:54:50 AM): Agaknya sudah kebiasaan sdra suka mengeluarkan smilies berpelukan sesama bukan muhrim >:D< dan dijawab oleh ***** begitu juga. Sekalipun ia hanya di alam siber, ia tetap haram di sisi ugama. Bagaimana jika isterimu mengetahui bahawa kamu menghulurkan pelukan sedemikian kepada *****? Agaknya jika bertemu muka lebih dari itu sdra sanggup lakukan. Sepatutnya sdra menegur tetapi sebaliknya sdra yg memulakan. Hinanya sdra! Perhatikan betapa indah sifat ukhti nur_raudhah, tomato, masyie, sue ella dan lain-lain, tiada menunjukkan sbrg kelakuan ganjil di dalam uagama sewaktu di karpet hijau.

Jawapan= Jazakillahu khoiron kathiro... atas teguran tersebut.. MUNGKIN ATAS KELALAIAN ANA...ana mengaku atas kesilapan menggunakan "hug smilies", dan ana meminta keampunan kepada Allah atas kesalahan tersebut. Cuma, dari manakah ukhti mengambil fatwa mengatakan haram menggunakan "hug smilies'" tersebut, harap dapat diperjelaskan dalil pengharamannya dan jangan dari fatwa sendiri... Isteri saya telah diberitahu tentang hubungan persahabatan dengan *****, harap jelas...

Namun mengapa ukhti suka sangat mengikut nafsu jahat dan berprasangka buruk wal hal "Zhonn" terang-terang disebutkan dalam al-Quran tentangnya.. harap rujuk ayat 12 surah al-Hujuraat... Jangan mudah mengatakan "jika bertemu muka lebih dari itu saudara sanggup lakukan"... Apakah ukhti sebagai "Tuhan" mengatakan demikian? Apakah ukhti mengetahui nafsu ini lebih jahat dari syaitan??

Sesungguhnya Ana sangat memuji perwatakan ukhti nur_raudhah, tomato, masyie, sueella berakhlak sentiasa...

nur_mlm70 (10/26/2008 6:47:14 AM): Kami telah membincangkan dgn pjg lebar bersama akhi GB dan tidak pernah GB mendoakan kecelakaan. Jelas sgt sdra pembawa dan menyebarkan FITNAH.

Jawapan= Apakah doa untuk kematiaan kepada sesama muslim bukan dikategorikan KECELAKAAN???

nur_mlm70 (10/26/2008 6:44:10 AM): Bee: pkataan CELAKA yg diajukan ke atas sesama muslim tidak diterima oleh sluruh makhuk dunia melainkan jatuh di atas kepala sndiri... bwaspadalah... boleh sdra bawakan hadith sahih mengenainya?

Jawapan= wahai ukhti nur>>> Ana tidak mengatakan ianya hadis... maksud kata imam Ghazali sila rujuk kitab "bidayatul hidayah" & "ihya ulumuddin"...

nur_mlm70 (10/26/2008 1:37:38 AM): kenapa enta tak nak berdakwah kpd ***** jika sayang kpdnya?

Jawapan= WAHAI NUR>>> apakah perlu ana bertahu ukhti nur terlebih dahulu untuk berdakwah? sebagai bukti, ana pernah menghantar "sms" hadis Bukhari tentang tidak terlalu mengejar kemewahan dunia...

nur_mlm70 (10/26/2008 1:36:16 AM): Nirvana pernah membuat lirik lagu dengan judul Rape Me (Perkosalah Aku). ...

Jawapan= Dalam hal ini , ana tidak memburukkan akhi GB. namun sebagai jawapan kepada ukhti nur harap jelas dengannya... Scorpion ada mempamerkan video clip separuh bogel yang mana GB ada putarkan juga lagu-lagunya... jangan sengaja menuding jari.

nur_mlm70 (10/26/2008 1:32:46 AM): dan "Sesiapa yg berdiam diri apabila melihat sesuatu kemungkaran keatasnya laknat Allah" - Muttafaqun alaih

nur_mlm70 (10/26/2008 1:31:51 AM): dan "Sesiapa yg berdiam diri apabila melihat sesuatu kemungkaran keatasnya laknat Allah" - Muttafaqun alaih.

Jawapan= Ana setuju dgn hadis itu... Sekali lagi ana akui lalai... Mengapa orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan makanan yang haram? Sungguh, amat buruk apa yang telah mereka kerjakan. (Qs. al-Mâ’idah [5]: 63).

Frasa "labi’sya mâ kânû yashna’ûn" (Sungguh, amat buruk apa yang telah mereka kerjakan) jelas merupakan celaan dari Allah SWT dan peringatan kepada para ulama Yahudi dan Nasrani karena mereka tidak menegakkan dakwah dan amar makruf nahi mungkar.

Berkenaan dengan ayat ini, Imam al-Qurtubi berkomentar dalam tafsirnya, “Ayat ini menunjuk pada orang yang berdiam diri dan tidak mau mencegah kemungkaran, bahwa mereka pada dasarnya sama dengan orang yang berbuat kemungkaran itu sendiri.” (Al-Qurthubi, 6/237).

Sementara itu Imam Nawawiy dalam syarah shahih Muslim, ketika menjelaskan hadits Rasulullah saw, “Barangsiapa melihat kemungkaran, hendaknya ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka hendaknya ia ubah dengan lisannya. Jika ia tidak mampu mengubah dengan lisannya, maka ubahlah dengan hati; dan ini adalah selemah-lemahnya iman.”[HR. Muslim]; menyatakan, bahwa maksud mengubah dengan hati di sini tidak cukup berdiam diri dan menolak dalam hati, akan tetapi ia harus menghindari kemungkaran tersebut.

Maksudnya adalah, jika seseorang tidak mampu mengubah kemungkaran dengan tangan dan lisannya, maka ia harus menghindarkan diri dan tidak ikut campur dan teriibat di dalamnya,

Misalnya, tatkala ada sekelompok orang sibuk membincangkan dan memutuskan aturan-aturan yang bertentangan dengan Islam, maka jika dirinya tidak mampu mengubah keputusan itu, maka ia harus keluar dari forum tersebut dan menunjukkan sikap ketidaksenangannya. Ia tidak diperkenankan tetap duduk, atau bahkan menjadi anggota forum tersebut, meskipun hatinya menolak. [Imam Nawawiy, Syarah Shahih Muslim, lihat tentang bab al-Iimaan]

nur_mlm70 (10/26/2008 1:31:00 AM): sedangkan Allah dan RasulNya mengajar kita "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam. - Hadith dari Imam Muslim.

nur_mlm70 (10/26/2008 1:30:18 AM): hairan ana bila enta boleh berdiam dii apabila ditulis begini: ***: ok aku tgh layan nirvana jer nie ** hehehe nak joint ka meh la

Jawapan = Apakah berdiam diri menunjukkan persetujuan terhadapnya?? sedangkan hadis di atas menyatakan selemah-lemah iman menolak dengan hati. Tapi huraian imam nawawi tidak memadai.

Ana juga hairan mengapa ukhti yang nyata sedar dalam hal itu tidak mahu menegur nya malah boleh menyalahkan orang lain pula yang tidak menegurnya. Bak kata orang "kuman di seberang laut kelihatan, gajah di hadapan mata... entah di mana". Apakah lagu yang didengari ***** itu salah??

Diharap apa yang ana jawabkan ini dapat dijadikan pedoman buat kita semua. Ana tidak ingin meninggikan diri malah jauh sekali memburukkan dan menjatuhkan maruah orang lain apatah lagi sesama muslim. Apa yang ana inginkan adalah sama-sama bersatu memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini, bukan mencerca orang yang tidak bersependapat dengan kita.

Marilah kita berhujah dengan ilmu yang sebenar agar tidak menyeleweng dari panduannya. Bersama memperjuangkan Islam.

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih elok pula kesudahannya." (ayat 59 surah an-Nisaa')

Sabda Rasulullah sollollohu 'alaihi wasallam : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.


Oct 5, 2008


Jika aku Jatuh Cinta…….

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar...
bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...

Jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah....
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada –Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah, Ya Allah... ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…..

Amiiin Ya Rabb….

Aku cinta kepadaMu kerana
ENGKAU TUHANKU DAN AKU HAMBAMU
Ya Rabb…

Sep 26, 2008

Selamat Hari Raya


Get Hari Raya Graphics Here



Pengendali minta maaf jika tersilap kata terguris rasa para sahabat dan pengunjung...

Pengendali akan bersama famili dalam 4-5 hari ni... Mungkin lambat untuk kemas kini. Kepada pengunjung teruskan ziarah menziarahi.

Sep 24, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum kepada para sahabat, pengunjung dan semua kaum muslimin...



Get Hari Raya Graphics Here

Sep 21, 2008

10 Malam Terakhir Yang Mendebarkan

Bismillahir rahmanir rahim... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad. Sollallaaah... Wasallama 'alaih... Amma ba'du;

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah Tuhan Yang Maha Agung. Dikesempatan ini dan dalam 10 akhir Ramadhan, hati kian resah bukan kerana penat menjalani ibadat puasa, tapi hati semakin tidak tenang untuk mengintai-intai bilakah 'Lailatul Qadr'.

Jika ditinjau dari hadis-hadis Nabi sollallahu 'alaihi wasallam, 10 malam yang terakhir merupakan malam-malam yang sangat besar berkat dan anugerahnya, terdapat padanya satu MALAM YANG LEBIH DARI 1000 BULAN dikurniakan khusus untuk umat akhir zaman ini. Malam yang tiada tandingan sebelum dan selepasnya. Malam yang amat bermakna bagi mereka yang benar-benar mencari kelebihannya.

Nabi sollallahu 'alaihi wasallam sentiasa beriktikaf di masjid dan memperbanyakkan amalan pada 10 malam tersebut melebihi malam sebelumnya. Jika Rasulullah manusia yang telah dijanjikan syurga dan tidak ada padanya dosa (maksum) dapat melakukan amalan sedemikian rupa, apalah dengan diri yang kerdil ini. Tiada jaminan syurga malah sentiasa bergelumang dengan dosa, masih leka dari melakukan ibadat lebih-lebih lagi malam yang penuh keberkatan ini.

Daku sentiasa mengingatkan diri ini agar sentiasa lah melakukan ibadat semampunya. Berterawih dan witirlah, bertahajjudlah, berzikirlah, berselawatlah, baca al-Quranlah dan seribu amalan lain yang sepatutnya.

Wahai diri yang sentiasa melakukan kesilapan, perbetulkan niatmu, perelokkan amalanmu, tanamkan dalam hatimu akan rasa cinta hanya kepada Allah. Carilah malam yang penuh keberkatan itu yang lebih baik dari 1000 bulan yang bersamaan dalam lingkungan 83 tahun.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami malam yang dijanjikan itu, agar kami dapat menambahkan pahala bagi memberatkan timbangan di hari Pembalasan di sana nanti.

Ya Allah... Ya Rabbal 'alamiin...

Sep 19, 2008

Keunggulan Iman Srikandi Islam

Bismillahir rahmanir rahim... Alhamdulillah selawat sentiasa kepada nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan para sahabat baginda. Amma ba'du;

Tatkala daku membaca shout di blog daku ini, hatiku sedikit tersentuh dengan kata-kata seorang pengunjung di blog daku yang menggelarkan dirinya an'nisa'. Kata-kata an'nisa 'itu amat bermakna buat diriku yang jauh diperantauan dan bersempena sejarah peristiwa junjungan mulia para isteri anbiya' dan para sahabat.

Dengan rasa rendah diri, daku memohon dari ukhti an'nisa' untuk mempamerkan semula kata-kata tersebut di bahagian 'posting' ini. Diharap ukhti meredhainya...

Kata-kata tersebut ialah;

"Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah.
Penawar hati kekasih Allah. Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aisyah. Isteri Rasulullah
yang bijak. Pendorong kesusahan dan penderitaan. Tiada
sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku melihat pengorbanan Puteri solehah Fatimah.
Akur dalam setiap perintah. Taat dengan abuyanya, yang sentiasa
berjuang. Tiada memiliki harta dunia. Layaklah dia sebagai wanita syurga

Ketika aku marah ingin aku intip serpihan sabar.
Dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabah jiwa ku setabah umi Nabi Ismail. Mengendong bayinya
yang masih merah. Mencari air penghilang dahaga, diterik
padang pasir merah, Ditinggalkan suami akur tanpa bantah.
Pengharapannya akur pada Allah.
Itulah wanita Siti Hajar.

Mampukah aku menjadi wanita solehah...? Mati dalam keunggulaan iman.
Bersinar indah harum tersebar.Bagai wanginya pusara Masyitah...

Jazakillahu khaoiral jazaa'...

Sep 18, 2008

Hanya Khayalan Semata-mata...

Bismillahir rahmanir rahim, alhamdulillah selawat dan salam ke atas Rasulillah dan ke atas keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian. Amma ba'du;

Ramadhan Kareem diucapkan kepada para sahabat dan pengunjung. Syukur alhamdulillah sekali lagi ke hadrat Allahu subhanahu wataala kerana kita sama-sama dapat menunaikan ibadat puasa sehingga ke hari ini iaitu hari yang ke -18.

Cepat sungguh masa berlalu, sedar-sedar sudah berada di pertengahan Ramadhan dan beberapa hari lagi akan tiba peringkat akhir Ramadhan. Namun hati kecil sering bertanya, apakah amalan yang terbaik yang telah daku lakukan sepanjang 18 Ramadhan ini? Apakah Ramadhan kali ini berbeza dari segi peningkatan berbanding Ramadhan yang lalu?

Ternyata daku pandai bermain dengan kata-kata, pandai berfikir dan menghitung amalan yang terbaik dan memperbanyakkan nya. Tapi itu hanya khayalan semata-mata. Amalan entah di mana, berangan melebihi amalan.

Apakah daku akan terus dibuai mimpi untuk melakukan amalan yang telah dirancang. Sungguh lemah imanku, tak dapat nak ditandingi walau dengan seekor anjing Qitmir Ashabul Kahfi...

Ya Allah... tetapkanlah hati ku di atas agama dan ketaatan kepada Mu... Ameen...

Sep 16, 2008

Debaran Menanti...

Bismillahir rahmanir rahim...

Selawat dan salam ke atas Junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam, amma ba'du;

Allah Maha Besar menjadikan segalanya. Hati daku sering berdebar-debar menantikan hari yang sekian lamanya dinantikan.

Dub... Dab... Dub... Dab... Dub...

Hari yang penuh bermakna dalam hidupku. Daku sentiasa menanti.

Sep 8, 2008

Bersama kita merenunginya...


Bismillahir rahmanir rahim...

Alhamdulillah selawat dan salam ke atas Rasulillah dan ke atas keluarga baginda serta para sahabat. Amma ba'du...

Bicara tentang Ramadhan al-mubarak ini, maka tidak lain berkenaan amalan yang sepatut dilakukan dan kelebihan yang bakal diperolehi nanti. Maka berlumba-lumbalah para solihin dan 'abidin bagi memenuhi hari-hari dalam bulan ini. Sebaliknya bagi munafiqin.


Marilah kita sama-sama merenungi kelebihan yang diperolehi dari amalan yang dilakukan. Bulan yang penuh keberkatan ini diceritakan dengan pahala yang berganda, amalan fardhu yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan digandakan menjadi 70 kali ganjaran fardhu di bulan-bulan yang lain. Manakala amalan sunat pula digandakan menjadi ganjaran fardhu.

Dari segala ganjaran berlipat ganda itu, kita hitung pula akan ganjarannya (sememangnya tidak dapat dihitung) berapa banyakkah ganjaran sehari yang kita perolehi. Antaranya; Solat fardhu, Puasa, Belajar ilmu fardhu 'ain, fardhu kifayah, memberi nafkah keluarga, memelihara, mendidik, membesarkan anak, membantu fakir miskin, bersedekah, senyum, bercakap perkara baik, solat tarawih, solat witir, selawat, zikir...

Allahu Akbar... Sesungguhnya daku makhluk yang lemah, tidak terdaya untuk menghitung amalan dan ganjaranya...

Ya Allah... Sungguh banyak sekali nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Ditambah pula dengan ganjaran yang Engkau kurniakan kepada kami. Kami tidak punyai apa-apa Ya Allah... Kami memohon agar Engkau tetapkan hati kami di atas agama dan ketaatan kepada Mu. Ampunilah segala dosa kami, kedua ibu bapa kami serta kaum muslimin yang tidak lekang dari melakukannya. Ya Rabbal 'alamin...

Bersama kita merenunginya...

Sep 7, 2008

Kelebihan Ramadhan II


Bismillahir rahmanir rahim...

Selawat dan salam ke atas Junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam, amma ba'du;

Antara kelebihan Ramadhan yang dikhabarkan oleh Nabi sollallahu 'alaihi wasallam...

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaq-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Allahumma solli wasallim 'alaih...

Sollallaah... wasallama 'alaih...

Sep 6, 2008

Kelebihan Bulan Ramadhan


Bismillahir rahmanir rahim...

Alhamdulillah dan selawat dan salam ke atas Junjungan tercinta Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam serta ke atas keluarga Baginda dan para sahabat Baginda, amma ba'du;

Di bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan agar serta dapat membolot segala kelebihan yang diganjarkan oleh Allah subhanahu wataala kepada umat nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam...

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Sep 1, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Sempena bulan yang mulia ini, pengendali ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan 'ahlan wa sahlan ya Ramadhan' dan selamat berpuasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran Ramadhan dapat menyerikan lagi amalan kita semua.



Pixel Code Graphics


Aug 26, 2008

An-Nasr (Kemenangan)

Bismillahir rahmanir rahim...

Selawat dan salam ke atas Junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam, amma ba'du;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad menguasai negeri Mekah), -

2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.

Surah ke - 110
Diturunkan di Madinah - 3 ayat.

Intisari kandungan;
Surah ini mengajar kita supaya apabila kita mendapat apa yang kita usahakan mendapatnya, janganlah kita lalai dan lupa daripada bersyukur dengan mengerjakan amal bakti kepada Allah subhanahu wata'ala yang mengurniakan apa yang kita hajati itu, serta meminta ampun kepadaNya akan salah silap kita dalam usaha yang kita jalankan itu.

سبحان الله وبحمده سبحان لله العظيم أستغفر الله
3x

Aug 24, 2008

‘Maha Suci Tuhan Kami Dari Menjadikan Perkara Sia-sia’

Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillah dan selawat dan salam ke atas Junjungan tercinta Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam serta ke atas keluarga Baginda dan para sahabat Baginda, amma ba'du;

Bagi mereka yang telah dikurniakan ‘mata’ hati, maka akan terbukalah hijab (halangan) yang selama ini menghalang seseorang hamba dari mengetahui segala isi ilmu dan perkara-perkara hikmah yang tidak dapat dijangkau melalui pancaindera.


Maka akan terpancarlah di dalam diri hamba itu akan segala ilmu yang cukup bermakna. Ilmu inilah yang sentiasa diharap-harapkan oleh seseorang hamba yang ingin mendekatkan diri kepada Tuhannya.

Apabila dikurniakan hikmah ini akan dikurniakan pula kebaikkan yang amat banyak. Dari situ, berkatalah hambanya, ‘Wahai tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau jauhkanlah kami dari siksa api neraka’.

Ya Allah… kurniakan kami ilmu sebagaimana Engkau kurniakan kepada para muqarrabiin Mu… Ameen

Aug 19, 2008

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Bismillahir rahmanir rahim… selawat dan salam ke atas rasulillah, amma ba’du;

Masih lagi berkaitan kisah isteri sebagaimana yang lepas. Kali ini hati daku amat tersentuh bila membaca luahan seorang isteri yang tak dapat menunaikan hajat terakhir suaminya.

Bukan kerana engkar perintah suami tapi keletihan dan kepenatan yang tak mampu dilaksanakan. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar darinya… InsyaAllah…

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama... insyaAllah..

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua... ... ...

... .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba- tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya

Allahu Akbar… setiap kenikmatan yang dirasai di dunia ini bukanlah untuk selamanya, ianya hanya sebagai ujian agar kita sentiasa berwaspada akan ada satu hari nanti di mana setiap nikmat itu akan diambil kembali…

Ya Allah… Daku amat merindui keluarga ku yang jauh nun di sana. Berikanlah kekuatan kepada kami dalam menempuhi cabaran hidup ini. Kurniakanlah kebahagiaan dalam hidup kami seperti mana yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang Engkau kasihi… Ameeen…

Aug 13, 2008

Hargailah Isteri Anda...

"Bismillahir rahmanir rahim, allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wasallim, amma ba’du;

Tatkala daku melawati blog-blog sahabat, daku tertarik dengan kata-kata ini, lalu daku paparkan di teratak daku ini agar sahabat-sahabat lain dapat mengambil iktibar darinya, InsyaAllah…

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini
pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim
ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Allah beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bekerja... bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami
untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ya Allah... Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku, dosa kaum kerabatku dan dosa kaum muslimin... Tetapkanlah hati mereka di atas agama Mu dan ketaatan kepada Mu... Ameen...

Aug 6, 2008

Qunut Nazilah

Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillah dan selawat dan salam ke atas Junjungan tercinta Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam serta ke atas keluarga Baginda dan para sahabat Baginda, amma ba'du;

Wahai saudaraku,
Tatkala kita ditimpa musibah di luar kemampuan yang ada pada diri kita, maka ketahuilah di sana tetap ada pertolongan dari kerajaan Yang Maha Agung dan Maha Perkasa. Apa yang perlu sebagai hamba yang lemah ini dengan memohon doa yang tidak putus-putus serta mengharapkan kurniaan dan pertolongan daripada Nya.

Inilah doa yang telah diajar kepada kita semua;


اللَّهُمَّ إِناَّ نَجْعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعْدَاءِناَ، وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،

وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباًَ مِنْ كِلاَبِكَ، يْا قَهاَّرُ يَا جَباَّرُ يَا مُنْتَقِمْ، يَا اللهُ يَا اللهُ يَا اللهُ...

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتاَبِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحاَبِ، وَيَا هاَزِمَ اْلأََحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ إِهْزِمْهُمْ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ...

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.
Ameen…!

Aug 2, 2008

RenunganTentang Israk dan Mikraj

"Bismillahir rahmanir rahim, allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wasallim, amma ba’du;

Sempena penghujung bulan Rejab yang mulia ini, diharap ia dapt mengingatkan kita kembali tentang peristiwa yang sangat bersejarah dalam diari Islam di mana berlakunya satu peristiwa perjalanan Nabi Junjungan Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam dari Mekah ke Palestin pada tahun ke 11 Hijrah.


Dari peristiwa tersebut kita semua sudah sedia maklum dengan kisahnya. Namun apa yang perlu ialah mengambil iktibar dan menjadikannya pedoman dalam diri kita.

Antaranya; adakah kita sudah termasuk dalam golongan yang diberitakan tentang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka pada masa itu juga yang berulang-ulang kali hasilnya dapat dituai natijah dari berjihad fisabilillah.

Adakah kita telah terlepas dari terjebak dalam kalangan orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang. Ini kerana azab yang ditunjukkan kepada Nabi Junjungan pada malam tersebut di mana satu kaum sedang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Atau adakah kita telah terlepas dari golongan orang yang suka menabur fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Golongan ini digambarkan dengan menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.

Di sana masih banyak peristiwa yang dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian. Oleh itu, marilah saudaraku, kita renung bersama-sama dengan apa yang telah diceritakan tentang balasan azab dan nikmat yang diberikan kepada mereka-meraka yang melakukannya.

Wassalam.

Jul 28, 2008

Katakan Yang Benar Meskipun Pahit


Bismillahir rahmanir rahim, selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam… amma ba’du;

قُلِ اْلحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا

Katakan yang benar walau pun pahit. Itulah kalimah mutiara yang pernah diajarkan oleh nabi junjungan Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam tentang bercakap benar.

Seseorang yang melakukan sesuatu kebaikkan akan merasa senang dan tenang apabila melalukannya kerana tidak ada dalam dirinya pertentangan tentang perbuatannya itu, malah akan terus mendorong untuk melakukannya di lain masa.


Namun, konflik dalam diri akan terjadi apabila seseorang itu melakukan sesuatu nilai yang menyalahi kebenaran. Maka dirinya akan merasa resah dan gelisah di atas perbuatan yang telah dilakukannya itu. Mungkin batinnya akan memberontak sehinggakan tidak dapat tidur apabila memikirkan tentang kejadian atau pembohongan itu.

Dikala itu, sepatah kebenaran yang akan diucapkan bagi menutupi kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan amat susah dan pahit untuk ditelan melainkan ia memiliki iman yang mantap dengan mengakui akan kesilapan yang terlanjur.

Apatah lagi jika yang melakukannya itu adalah seseorang yang disegani akan keperibadiannya, namun kebenaran tetap ditunggu-tunggu. Bukan untuk menghina, malah jauh sekali menghukum, apa yang penting sikap berani kerana benar itu adalah teras utama dalam kebenaran. Teruskan berjuang ke arah kebenaran.

Ayuh wahai saudaraku, rapatkan saf teguhkan ukhuwwah agar tiada lagi ruang-ruang yang membolehkan syaitan laknatullah menembusi benteng-benteng yang telah lama dibina atas dasar keimanan dan kebenaran.

Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Apa yang penting kembali kepada kebenaran dan jamaah itulah yang paling bernilai dari terus tersesat dibawa arus keduniaan.

Pembohongan merupakan pintu kemunafikan, maka kejujuran merupakan pintu amanah.

Katakan benar meski pun pahit.

Jul 18, 2008

Sejarah Ketegasan dan Penahanan Pejuang Islam Terpahat di Hati

Bismillahir rahmanir rahim…

Alhamdulillah syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi dan selawat serta salam ke atas junjungan tercinta nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam…

Beberapa hari lepas, pengendali terbaca kisah sejarah para ulama dan pejuang Islam silam diseksa dan dipenjara semata-mata ingin menegakkan kebenaran Islam dan kearah mencapai zaman kegemilangannya kembali.

Mereka adalah ulama-ulama yang diiktiraf aliran mazhab sehingga ke hari ini, antaranya Nukman bin Thabit atau lebih dikenali sebagai Imam Abu Hanifah rahimahullah yang mashur dengan aliran mazhabnya ‘Hanafi’. Beliau dilahirkan di Kufah pada 80H dan meninggal dunia pada 150H ketika berumur 70 tahun.

Pengalaman Imam abu Hanifah dalam mempertahankan agama dan kedaulatan negara ialah di mana beliau dipenjara dan disebat 100 kali sebatan kerana enggan menerima jawatan sebagai kadi di Kufah.

Beliau juga pernah dipenjara kerana menolak jawatan juru tulis surat rasmi kerajaan Bani Umaiyah. Dipenjara kerana menolak jawatan hakim di Baghdad. Beliau meninggal dunia semasa dalam tahanan akibat diseksa dengan pelbagai seksaan.

Selain itu, Malik bin Anas bin Malik bin Amar al-Haris yang lebih dikenali dengan gelaran Imam Malik rahimahullah. Lahir pada tahun 93H bersamaan 713M di Madinah dan meninggal dunia pada tahun 179H bersamaan 798M pada umur 86 tahun.

Antara ketegasan yang ditonjolkan Imam Malik ialah menentang pendapat gabenor yang menentang fatwanya. Beliau sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam. Sifat keberanian beliau dapat dilihat apabila berani menegur khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah dalam majlis ilmu.

Ahmad bin Muhammad bin Hambal atau dikenali Imam Ahmad bin Hambal. Imam Ahmad Hambali pernah dipenjara dan dipikul dengan cemeti sehingga berdarah seluruh badan oleh khalifah Abbasiyah kerana menolak pendapat Muktazilah yang mengatakan bahawa al-Quran adalah kalam Allah subhanahu wataala yang bersifat baharu, yang mana bercanggah dengan pemikiran Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ramai lagi tokoh-tokah Islam yang menderita di sepanjang hidup mereka semata-mata ingin melihat kebenaran Islam dapat ditegakkan. Namun usaha murni mereka tidak dapat dipadamkan dengan sebarang ugutan malah seksaan.

Ayuh teruskan berjihad demi kebenaran Islam tercinta! Wassalam…

Jul 6, 2008

Mengumpat dan Memfitnah Adalah Dosa Besar

Bismillahir rahmanir rahim...
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi Yang Maha Agung serta selawat dan salam ke atas junjungan tercinta nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dan ke atas keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda seluruhnya...


Sebelum meneruskan perbincangan ini, izinkan pengendali memohon kemaafan di atas ketiadaan bahan untuk tatapan pengunjung ke teratak ini disebabkan tugas-tugas yang perlu disegerakan dahulu.

Akhir-akhir ini, negara telah dihebohkan dengan kes fitnah memfitnah, tuduh menuduh tanpa sebarang bukti dan penghakiman terhadap perkara tersebut. Ini akan memburukkan lagi maruah dan imej Islam di mata dunia akibat tuduhan tersebut.

Izinkan saya
memberi definisi kedua dua perkara di atas serta membicara secara ringkas tentangnya;

Mengumpat: Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaanya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapanya.

Memfitnah: Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;

والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.

Antara sebab-sebab berlakunya perbuatan keji ini;
  1. Wujudnya sifat iblis dan syaitan dalam diri manusia yang tidak senang hati apabila saudara mereka mendapat kesenangan bahkan merasa terhibur apabila saudara mereka ditimpa musibah dan derita.
  2. Makhluk terkutuk sahaja yang tergamak melakukan perbuatan tersebut akibat perasaan iri hati dan hasad dengki (sifat syaitan laknatullah) yang melampau terhadap kelebihan yang ada pada orang lain.
  3. Manusia seperti ini juga mempunyai perasaan takut (pengecut) untuk bersaing dalam menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan cabaran dan halangan, serta memastikan hanya golongan mereka sahaja yang layak berada di tempat teratas.
Akibat mengumpat dan memfitnah;
  1. Hubungan silaturrahim akan terputus, masyarakat kucar kacir, negara tidak akan makmur seperti sebelumnya. Ingatlah barang siapa memutuskan hubungan silaturrahim tidak akan masuk syurga.
  2. Berlaku permusuhan dan huru hara, hidup akan menderita di dunia dan yang tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka yang amat pedih di akhita kelak.
  3. Membuka jalan kepada musuh-musuh Islam menghapuskan syiar dan umat Islam.
Wahai kaum muslimin, umat Islam sedang diratah di serata dunia bagai harimau kelaparan meratah daging. Tidakkah kalian merasa marah dan geram apabila saudara seIslam diperlakukan sedemikian. Bagaimanakah perasaan kita sanggup melihat ibu bapa dan adik beradik serta saudara mara dalam keadaan demikian...

Renungakanlah wahai saudara ku... Umur dunia semakin singkat, kemusnahan dunia pasti berlaku, tanda-tanda sudah terbongkar, insaflah dan bertaubatlah...

Wassalam...

Jun 21, 2008

Marahkan suami, al-Quran Dihina


Mungkin terlalu geram terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun.

Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

Setiausaha Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) Basir Ismail memberitahu Malaysiakini hari ini, naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman.

Ya Allah kurniakanlah hidayah Mu kepada mereka. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui akan siksa azab yang bakal diterima kelak.

www.malaysiakini.com



Jun 17, 2008

Terkilan dengan Kenyataan ‘Roslan Aziz’

Bismillahir rahmanir rahim…
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Junjungan tercinta nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam…

Berderau darah saya tatkala membaca kenyataan Roslan Aziz di Malaysiakini tentang bantahan yang dibuat oleh Pemuda PAS Selangor terhadap konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu.


Kata-kata Roslan yang melulu terhadap golongan agama menunjukkan bahawa jahilnya orang yang bernama Roslan tentang agama Islam itu sendiri. Dia sanggup mengherdik para ustaz dan golongan agama dengan kata-katanya itu.

Patutkah teguran dan bantahan golongan agama terhadap kemaksiatan dikatakan sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

Patutkah Roslan mengkritik hukum yang telah disepakati ulama tentang batasan aurat terhadap golongan perempuan? Apa yang dikatakan oleh manusia bernama Roslan berkaitan aurat iaitu suara perempuan itu tidak terperinci (dijelaskan). Tidakkah dia melihat dengan jelas bahawa para artis tersebut secara terang-terang mendedahkan tubuh dan aurat mereka kepada khalayak ramai.

Roslan cuba bercakap tentang hukum agama yang dia sendiri tidak memahaminya. Wahai Roslan, sedarkah kamu bahawa melalui artislah para remaja kini telah mejadikan mereka sebagai idola sehinggakan sanggup mendedahkan aurat dan berpakaian seksi demi mengikut fesyen idola mereka yang akhirnya boleh merangsang nafsu seks. Tidakkah cara sebegitu boleh membawa kepada keruntuhan moral dan ke arah berlakunya perzinaan.

Sedarlah wahai Roslan, kamu ingin menegakkan benang yang basah. Jangan disebabkan keseronokkan di dunia menyebabkan kamu lupa kepada Allah Yang Maha Esa dan menempah azab yang pedih di akhirat.

Jun 14, 2008

SELAMAT HARI BAPA

Bismillahir rahmanir rahim...
Alhamdulillah selawat dan salam ke atas ke atas Rasulillah...

Sempena hari bapa ini, pengendali ingin mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" kepada kaum adam yang telah bergelar seorang bapa.

Sesungguhnya tanggungjawab menjaga, mendidik, memberi nafkah dan memberi kasih sayang kepada anak-anak adalah amanah yang amat tinggi nilainya bagi kedua ibu bapa lebih-lebih lagi bapa. Ini kerana bapa merupakan ketua keluarga yang akan mengetuai segala pentadbiran dan pimpinan dalam sesebuah keluarga.

Anak diibaratkan sehelai kain putih, maka kedua ibu bapanya lah yang akan mencorakkan anak-anak mereka ke arah jalan yang diredhai Allah atau menjadikan mereka yahudi, nasrani dan majusi.

Dikesempatan ini juga, pengendali ingin mengucapakan tahniah kepada bapa pengendali sendiri serta bapa-bapa di luar sana di atas didikan, belaian kasih sayang yang dicurahkan sehingga pengendali sendiri pada hari ini bergelar seorang "bapa".

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku dikala aku masih kecil, tetapkanlah hati mereka dengan iman dan Islam. Tempatkanlah mereka di syurga yang paling tinggi di sisi Mu kelak. Ya Rabbal 'alamin. Ameen..."

Jun 13, 2008

Pilu Hati ku...


"Saya hanya mampu beli beras tiga kilo seminggu untuk lima orang makan," Rahsidah Rimin

SEMUANYA mereka telah lakukan, berjimat cermat, mengikat perut, menukar gaya hidup, mengurangkan perbelanjaan sekolah anak-anak dan sebagainya. Namun, ia tidak membantu mengurangkan beban kewangan golongan ini. Oleh Norhafzah Abd Rani



Itulah perkataan yang dapat diluahkan oleh saudaraku ini tentang nasib yang menimpa diri dan keluarga dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang terus mencabar ini.

Berlinang air mataku tatkala membaca keluhan dan luahan saudaraku itu yang diibaratkan seperti ibu ku sendiri. Apakah aku sanggup melihat ibu ku dalam keadaan sedemikian. Apakah aku rela membiarkan ibu ku membeli beras tiga kilo seminggu untuk dimakan oleh 5 orang adik-adikku.......

Ya Allah... tabahkan lah hati mereka, kurniakanlah kekuatan iman dalam diri mereka.

Ya Allah....... Aku tidak sesekali merelakannya disebabkan perbuatan orang yang pentingkan diri sendiri... Ya Allah..... Hati ku sayu...

Jun 11, 2008

Rintihan Saudaraku

Bismillahir rahmanir rahim…

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi tercinta Muhammad sallallahu ‘alahi wasallam…

Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rahmat dan hidayat dalam menjalankan kehidupan seharian…

Saya nak berkongsi sedikit tentang keadaan masyarakat khususnya di bumi kenyalang berikutan kenaikkan harga minyak baru-baru ini.

Saya sedikit tersentuh dengan kata-kata pakcik dan makcik di sini tatkala mengeluh tentang kenaikkan harga barang berikutan berubahnya harga petrol dan diesel. Apa yang mereka risaukan ialah kenaikkan harga beras yang diluar jangkaan.

Dua minggu sebelum harga minyak dinaikkan, harga beras seguni mencecah RM 80. Namun kini harga seguni beras telah menjangkau RM 180 seguni. Inilah masalah yang menghantui perasaan masyarakat di bumi kenyalang ini.

Diharap pihak berkenaan mendengar rintihan masyarakat di sini yang tiada pendapatan tetap. Manakala beras merupakan bahan makanan utama setiap hari. Wassalam…



Jun 8, 2008

Selamat Kembali Bertugas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahir rahmanir rahim...

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia dapat saya bersua kembali bersama-sama para sahabat dan pengunjung di alam maya ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah Nya sentiasa.


Di sini saya ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada rakan-rakan yang akan memulakan tugas mereka minggu ini.

Selamat berkunjung lagi, InsyaAllah akan ada paparan menarik selepas ini.

Wassalam...

Jun 2, 2008

Selamat Bercuti

Assalamualaikum...

Kepada para sahabat dan pengunjung yang dirindui semoga dalam keadaan sihat wal afiat sentiasa serta mendapat kerahmatan Allah di samping menjalankan perintah dan meninggalkan larangan Nya.
Maaf dipinta kerna lama tidak bersama sahabat, al maklumlah musim bercuti ni... ditambah pula tiada access internet kat kampung...
Apa pun syukur kepada Ilahi kerna diberi kesihatan dapat bersama famili yang dirindui...
SELAMAT BERCUTI...

May 21, 2008

Menghargai Kehidupan

Maksud hadis;

Daripada Abdullah ibnu Umar radhiallahu ‘anhu katanya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi, apabila kamu berada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu”. (Riwayat Bukhari)

Hidup ini terlalu singkat jika dibandingkan dengan kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, dunialah tempat kita mencari bekalan sebanyak mungkin untuk di bawa ke alam akhirat seperti ilmu, beribadat, bersedekah dan sebagainya.

Kita tidak sepatutnya leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini hinggakan lupa negeri yang kekal abadi iaitu akhirat. Dunia hanyalah tempat persinggahan seperti seorang musafir berhenti di tempat persinggahan untuk mengumpul tenaga dan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang jauh.

Marilah kita sama-sama merenung kembali di manakah destinasi terakhir hidup ini? Bekalan apakah yang akan dibawa ke negeri yang kekal abadi? Cukupkah bekalan itu yang kita kumpul selama ini? Hanya diri kita sendiri yang mampu menjawabnya…

Come my brothers let us pray,

Decide which now do not delay!!!

May 19, 2008

Maafkan Daku

Bismillahir rahmanir rahim...
Alhamdulillah selawat dan salam kepada rasulillah dan keluarganya.

Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya dapat lagi daku bersama teman-teman di alam siber ini bertukar-tukar pendapat dan pandangan.

Pengendali memohon maaf dari sahabat-sahabat sekalian kerna menyepikan diri beberapa hari, disebabkan masalah teknik di luar kemampuan pengendali. Almaklumlah, kawasan pulau yang bergantung kepada satu janakuasa bekalan letrik yang jika terputus maka ia mengambil masa beberapa hari.

Buat masa sekarang bersyukur ke hadrat Ilahi.

Wassalam

May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena 16 Mei 2008 ini, saya ingin mengucapkan

'SELAMAT HARI GURU'

kepada seluruh warga pendidik sama ada dari kerajaan atau swasta, pertubuhan atau persendirian, yang penting anda telah mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan

Sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Ingatlah wahai guru! Jasamu amat bernilai. Ilmu yang kau curahkan setiap masa akan dibalas berlipat ganda.

Ilmu yang bermanfaat akan terus diberi ganjaran pahala hingga ke alam barzakh.

May 10, 2008

Di manakah Tanggungjawab Kita Terhadap Saudara SeIslam??


Bismillahir rahmanir rahim…

الحمد لله، اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أم بعد:

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatnya.

Terlebih dahulu diri ini memohon maaf kepada teman-teman yang berkunjung ke blog ini kerana agak lama tidak dipaparkan maklumat terkini. Beberapa kerja yang perlu disegerakan terpaksa dibereskan dahulu.

Di sini, hamba ingin berkongsi maklumat dengan teman-teman sekalian… walaupun diri ini pada hakikatnya dipenuhi dengan noda dan dosa setiap masa, namun rasa tanggungjawab terhadap kesucian agama Islam tetap menjadi fokus utama dalam kehidupan.

Baru-baru ini kita telah dihebahkan dengan beberapa kes berkaitan saudara seIslam yang secara tersembunyi dan terang-terang berhasrat menukar status agama kepada selain daripada Islam atau dengan jelasnya “keluar Islam”.

Kita juga dihidangkan dengan pelbagai tuntutan dari peringkat atasan hingga ke pertubuhan yang inginkan status agama di negara Malaysia ini disamaratakan kedudukannya agar dapat dinikmati keselesaan dan kemudahannya secara bersama, dengan kata lain, tiada peraturan yang menyekat dari memeluk mana-mana agama.

Apa yang ingin hamba kongsikan dengan teman-teman bukanlah perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Namun ia berkaitan dengan tanggungjawab kita terhadap saudara seIslam kita.

Suka hamba bertanyakan beberapa soalan terutama kepada empunya diri, Apakah yang telah hamba lakukan terhadap saudara seIslam? Adakah hamba berkawan hanya untuk mengisi masa lapang atau masa ‘boring’ sahaja? Atau cukupkah berkawan hanya untuk mengajak keluar makan bersama dan bertegur sapa tak ubah seperti kawan di jalanan? Adakah hamba sekadar berkawan yang tak ubah seperti berkawan semata-mata?? Ya Allah… inikah yang telah hamba lakukan terhadap sahabat-sahabat sekian lamanya…

Setelah beberapa isu tentang saudara seIslam diutarakan di media massa, terdetik di hati kecil ini di manakah jawapan yang akan hamba bentangkan di hadapan Mahkamah Agung di Padang Mahsyar nanti!!! Dapatkah hamba berhujah dengan pelbagai alasan, sedangkan dosa-dosa lain tidak mampu ditanggung lagi.

Apakah yang telah hamba lakukan terhadap saudara seIslam ku ini sehinggakan mereka bertindak menukar KEBENARAN kepada KEBATILAN?

Ingatlah wahai diri ini!!! “Mahkamah Allah” tidak akan bertanyakan tentang kehebatan diri, kehebatan sesebuah parti dan bersangkutan dengannya. Bahkan bertanyakan tentang apa yang telah diri ini lakukan terhadap Islam… hamba tetap mencari dan menunggu jawapannya dan komen dari sahabat-sahabat sekalian amatlah dialu-alukan…

Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan atas pandangan tersebut. Mohon diperbetulkan sehendaknya… Wassalam.


Pengasas

Md Rozaidi Bin Abd Rahman =>
KPLI (Pend. Islam & Bahasa Arab), B.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM), M.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM).
Jika diizinkan Allah s.w.t., akan berusaha menyambung ke peringkat Ph.D.
insyaallah... Ameeen...
 

Featured