Feb 28, 2008

Puisi Suami Isteri

Puisi Buat Isteri Istriku,

Istriku,
jika engkau bumi,akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau
mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh
riak gelombang.Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta
bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.....Relakanlah aku menyinari planet
lain,menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...

Feb 27, 2008

Selamatkan Rakyat Gaza !

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.


“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).


Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.


Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….


Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.


Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.


2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.


3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.


4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)


5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.


6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.


7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.


8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.


Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.


9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-


a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.


b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.


c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.


Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.



Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.


“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)



Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik

http://palestinkini.info

Feb 25, 2008

Allah murahkan rezki untuk pejuang Islam

Alhamdulillah... thumma Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah dengan rezkiMu yg melimpah. Tatkala hatiku gundah gelana untuk pulang bersama-sama berjuang di medan tempur sebenar maka akhirnya Allah permudahkan urusanku entah bagaimana jalanya senang tanpa sebarang halangan. ومن يتق الله يجعله مخرج

aku akan pulang untuk menunaikan kewajipan untuk negara tercinta. Pulang wahai pejuang kebenaran di serata tempat demi agama dan negara tercinta.

Feb 23, 2008

Selesakah hidup kita?

Pernahkah kita marah jika tiada Roti atau biskut untuk kita makan Sarapan Pagi...?? Hmm... Dapur dah kering, takde stok makanan. Dalam hati merungut. Tapi... kita masih bertuah kerana masih sempat minum kopi susu, nescafe @ nasi lemak @ kuih yg kita tapau sebelum masuk Ofis.

Tapi... Siapa yang mendengar rintihan hati Ibu & anak kecil ini...?????

Kita mungkin fikir, kita seorang yang malang. Nasib buruk menimpa diri, tiada orang yang memahami diri kita. Setiap kali melihat cermin, kita akan fikir...ehhh aku dah makin berisi. Issshh... boring nye berat dah naik. Nanti hilang shape, boring la asyik baju ni je nak pakai.....

Anda lupa dengan famili2 anda ??? Anda bosan dengan mereka...

Tapi...apa yang famili dlm foto ini rasa sekarang? Perut berkeroncong pun dah jadi muzik buat mereka... Mereka pun tak tahu foto ni ada ditatap oleh kita sekarang, bagi mereka, sekeping foto tiada erti jika di bandingkan dengan Kelaparan. Kemiskinan mereka...

Kita patut bersyukur... Foto Family kita lebih berseri dengan pakaian cantik di Hari Raya...

Kita selalu merasa diri kesunyian... .Jadi kita buka Hi Fi...buka stesyen Hot.FM @ Era Atau CD Hip Hop @ Pop . Kita rasa tiada org yg menyayangi diri kita saat ini...

Tapi......Kita patut 1000x bersyukur kerana kita belum lagi merasa apa erti kesunyian yg sebenar....

Renungkanlah wahai saudara-saudaraku semua..... Ingatlah Allah S.W.T., diri kita , keluarga, teman2 yang selama ini sentiasa & tidak pernah putus asa mengingati diri kita.... kerana kita sebenarnya Terlalu Istimewa..... sebab paparan ini amat bererti untuk memberikan kita banyak KEINSAFAN dan mengerti apa itu SYUKUR !!!

Feb 21, 2008

Rintihan hati seorang isteri

Ini adalah luahan hati isteri tersayang tatkala aku baru menyedarinya...

abg...
sesungguhnya umi berat untuk menghadapi perpisahan ini...
tapi apakan daya umi terpaksa demi kerjaya...
macammana umi nak hadapi kehidupan tanpa abg disisi...

abg...
rumah ini telah meninggalkan seribu kenangan indah buat kita sekeluarga...
umi gembira ketika berada dirumah ini bersama abg...
umi tak pernah rasa sebahagia ini sebelum ni...

abg...
umi tak berdaya tinggal berjauhan tanpa abg disisi...
umi sayang abg...
umi perlukan abg disisi umi selalu...
kenapa kita dipisahkan sejauh ini...

abg...
umi sangat sayang n rindukan abg...

Ya Allah...
tabahkanlah hati ku ini...
aku terpaksa berjauhan dengan suamiku tercinta...
kuatkanlah semangatku untuk tempuhi hari-hari yg mendatang...
Amin.....

Feb 20, 2008

Undang-undang baru bagi penggunaan telefon bimbit.

Ekoran daripada undang-undang baru yg dikuatkuasakan mulai 1 Mac 2006, anda tidak lagi dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu melainkan anda menggunakan ‘handfree’.

Saya telah pergi ke sebuah pusat membeli-belah utk membeli sebuah ‘handfree’ tapi saya sangat terkejut kerana harganya mencecah RM50 walaupun model yang ingin dibeli itu adalah yang terburuk yang penah saya lihat. Saya mempunyai seorang kawan yang bekerja dalam bidang telefon bimbit dan kami telah berbincang dan kami menjumpai satu cara baru utk menyelesaikan masalah ini.


Alat yang kami maksudkan sangat memuaskan hati.Ianya sesuai untuk semua model telefon.Ia juga muat untuk semua saiz telefn.Saya hanya membayar RM 1 untuk alat ini. Kami telah mencuba alat ini dengan model Samsung, Nokia,Sony Ericson, Motorola, Siemen dan semuanya sesuai.Memang alat ni SESUAI untuk semua model telefon!!!!!!


Bersama dengan iklan ini saya sertakan sekali gambar menggunakan telefon dengan alat ini.. scroll ke bawah dan lihat dan kasi tau saya kalo ko mau satu juga. Juga forward iklan ini untuk kawan2 yang lain yang ada telefon dan yang sedang mencari handfree yang murah….first come come serve..stok terhad…







Sometime we need to laugh!!!!!!!!!

Hahahhahahah…………


Feb 19, 2008

Rindu abang tetap padamu SAYANG

Malam tadi, anggota badanku rasa serba tak kena, duduk di atas kerusi kusyen empuk yang disediakan khas oleh kerajaan Malaysia rasa bagai beralaskan batang nibong yang dibelah dan dibuat lantai rumah pada zaman 70-an. Sendi bahu yang mula terasa sakit dan lenguh-lenguh di kedua-dua belah menambahkan lagi ketidakselesaan tubuh ini. Tidak cukup dengan itu, gusi dan gigi yang selama ini sihat, kuat dan bertenaga terasa bagaikan dihiris pisau sakitnya.

Itulah antara ujian dan cubaan kecil yang diberikan Tuhan kepada diri ini agar sentiasa beringat dan berwaspada tentang dosa yang sering dilakukan. Mungkin juga ujian kecil ini bagi menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah aku lakukan sebelum ini. Atau apakah ia sebagai cubaan untuk mengangkat iman ku ke martabat yang lebih baik. Aaah… mana mungkin diri ku yang penuh dengan maksiat ini akan dinaikkan darjat yang lebih baik? berkata hatiku sendiri…

Namun aku tetap jua menggagahi diri ini untuk terus melakukan urusan harian seperti biasa. Malam semakin larut, aku rebahkan tubuh di atas tilam bujang yang nipis untuk merehatkan diri setelah seharian bekerja menunaikan tanggungjawab kepada anak bangsa. Sebelum merebahkan tubuh, aku sempat membaca 3 ‘Kul’ sebagai pendinding diri sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Junjungan salallahu alaihi wasallam, lalu ku sapu ke seluruh anggota tubuh. Aku melelapkan mata sambil membaca doa tidur dan mengharapkan dapat bangkit seawal mungkin untuk meneruskan tanggungjawab di hari esok.

Tapi amat sukar untukku melelapkan mata, puas aku memujuk hatiku supaya tidak memikirkan tentang hal-hal lain di waktu tidur. Namun apakan daya, perasaan rindu yang kian membara terhadap puteri kesayangan dan isteri tercinta yang jauh di seberang laut menyebabkan hati semakin gundah dan resah, apatah lagi apabila aku pusingkan tubuh ku ke arah tilam bujang bersebelahan ku yang mana tilam itulah tempat puteri kesayangan dan isteri tercinta tidur bersamaku biar pun hanya seketika.

Masih lagi aku terbayang telatah puteri kesayangan ketika di atas tilam bujang tersebut, kelakuannya amat mengembirakan hatiku bila mana puteri kesayangan dipaksa tidur bersamaku dan isteri tercinta agar dapat aku merehatkan diri dan bangun awal pagi esok. Apa yang dilakukan puteri kesayanganku ialah membebel dengan bahasa kanak-kanak yang entah apa yang dimaksudkannya… “mamammamah… mamammamah… mamammamah… aaaaaaaaah… bbaaaaah… bbbbaaaah…” hatiku tetap terhibur dengan telatahnya…

Masih lagi aku teringat, puteri kesayangan yang tidak mahu tidur itu menolak dadanya menuju ke arahku lalu memanjat tubuhku dan menepuk-nepuk mukaku supaya aku dapat mendukungnya berjalan-jalan. Itulah telatah puteri kesayangan ketika bersama ku dan isteri tercinta.

Namun, mataku tetap berdegil, mindaku masih mengimbau kenangan lalu. Kepalaku mula terasa pening akibat memikirkan mereka nun di sana. Apakah yang sedang dilakukan mereka di sana? Tanya hatiku. Apakah mereka dapat tidur nyenyak tanpa memikirkan ku. Aku harap mereka dapat tidur dengan baik walaupun tidak bersamaku. Aku juga mengharap, isteri tercinta tidak memikirkan tentang diri ku di sini agar isteri tercinta dapat melakukan tugas-tugas harian dengan tenang.

Aku dapat mengawal perasaan rindu ini sepenuhnya agar tidak berlarutan. Aku terus bangkit dari tempat tidurku, lalu berjalan ke ruang tamu untuk mengambil biji tasbih untuk mengucapkan sepatah dua zikir agar hati ini tidak terus lalai dibuai perasaan rindu yang keterlaluan. Mujurlah ianya dapat ditenangkan dengan zikir-zikir memuji Allah.s.w.t.. kerana firman Allah taala yang bermaksud “sesungguhnya zikir itu dapat menenangkan hati…” lalu aku terus terlena…

Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir

Hadith: Dari Abu Hurairah katanya, Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah (SWT)belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya. (Riwayat Muslim)

Huraian :

  • Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah (SWT)S.W.T iaitu qada’ dan qadar-Nya. Maka tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika sesuatu yang tidak disangka-sangka tiba-tiba berlaku ke atas diri kita sama ada yang baik atau sebaliknya.
  • Namun begitu kita sebagai hamba-NYA mempunyai hak untuk berusaha agar dijauhkan daripada sesuatu yang buruk atau meminta diberikan sesuatu yang dihajatkan. Dalam hal ini ada orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah (SWT)S.W.T.
  • Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah (SWT)dan mensyukuri nikmat-Nya.

Feb 16, 2008

Semangat ingin berjihad


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Alhamdulillah, segala syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi aku menyedup nafas percuma ini, berlantaikan bumi, berbumbungkan langit, diri yang hina dan penuh dengan dosa ini tanpa perasaan malu dan segan masih lagi menggunakan segala nikmat pemberian Ilahi.

Namun, diri yang penuh dosa ini tetap menyakini dan mengakui hanya Engkau sajalah Ya Allah tempat aku bermunajat memohon segala sesuatu agar dipermudahkan hendaknya. Tiada lagi bumi lain untuk ku diami, tiada lagi langit lain untuk ku teduhi, tiada lagi udara lain, selain dari segala apa yang telah Engkau kurniakan ini Ya Allah…

Ya Allah… aku menyakini dengan ketuhananMu, aku menyakini dengan KitabMu, aku menyakini RasulMu, bahkan aku menyakini segal Rukun Islam dan Rukun Iman yang telah disampaikan oleh NabiMu salallahu ‘alaihi wasallam. Aku percaya dengan dosa dan pahala, aku percaya dengan balasan baik dan buruk, aku percaya Syurga dan Neraka, tapi diri ini sering kali melepasi sempadan peraturanMu, sering kali melakukan dosa-dosa. Aku sering kali menyesali dan bertaubat atas perbuatan dosa yang telah aku lakukan namun hanya sementara saja. Ternyata imanku masih lemah untuk menghadapi segala ujian dan cubaan ini .

Ya Allah, dalam suasana pilihan raya ini, ingin aku menyahut seruan JIHAD untuk menegakkan kebenaran di bumi Malaysia pada Mac nanti. Namun ya Allah… Engkau lebih mengetahui tentang hal diri ini yang serba lemah dan kekurangan dari segenap segi zahir dan batinnya. Aku ingin menyahut Ya Allah seruan jihad ini… apa yang boleh aku lakukan demi menegakkan keadilan di bumi Malaysia melainkan sama-sama berjihad pada Mac 2008 dan agar terhapus sedikit dosa-dosa diri ini.

Ya Allah… aku telah bergelumang dalam riba yang telah Engkau nyatakan dengan terangnya dalam Kitab suciMu. وأحل الله البيع وحرم الربا . Aku telah memakainya sekian lamanya. Aku telah menempah tiket penerbangan menggunakan kredit kad yang nyata ribanya malah aku juga tanpa perasaan gentar menambahkan lagi jumlah pinjaman kredit itu untuk kegunaanku dan keluargaku dalam hal yang sama. Aku mengetahui tentang HARAMnya tapi masih lagi terikat dengan hutang beserta ribanya. Aku berjanji akan menutup semua akaun yang melibatkan riba di atas rasa penyesalan selepas selesainya pembayaran hutang-hutang tersebut.

Ya Allah…melihat seruan jihad yang diucapkan oleh para pemimpin, inginku sahut seruannya. Namun apakan daya, hutang di sekeliling pinggang yang perlu dilunaskan dahulu menghalang aku untuk pulang bersama berjihad pada 8 Mac 2008 ini. Alangkah baiknya pada pandangan orang lain tentang diriku yang bergaji tetap, dapat menyara kehidupan sekeluarga. Namun sebaliknya hakikat tentang diri ini.

Aku mempunyai sebuah keluarga bahagia dengan kehadiran seorang puteri menambahkan lagi sinar cahaya keluarga ini. Walaupun berjauhan merentasi Laut China Selatan tetap aku pulang menjenguk keluarga tersayang setiap kali cuti. Sedar tak sedar aku telah mengumpul hutang kredit dan dilunaskan setiap bulan, dari itu, aku terpaksa menahan rindu kepada puteri dan isteri untuk pulang ke kampung agar dapatku menyekat hutang kredit dari terus bertambah.

Dari permasalahan itulah yang menghalang untuk aku pulang menyahut seruan jihad ini, gaji bulanan yang ku terima hanyalah cukup-cukup untuk perbelanjaan aku sekeluarga dan membayar hutang…

Di sini, aku merasa teramat malu untuk meluahkan isi hati dan keadaan aku di sini. Namun semangat jihad tetap berkobar-kobar demi negara tercinta. Jika di sana masih terdapat punca-punca rezeki yang membolehkan aku pulang berjihad pada 8 Mac 2008 ini, aku sangat-sangat mengharapkannya.

Ya Allah… hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi hati hambaMu yang hina ini…semoga Allah mencetuskan punca rezeki untuk jihad ini…

Wassalam…

Feb 15, 2008

Bersandarkan hanya kerana Allah

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:

Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah (SWT) selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah (SWT) dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah (SWT). Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah (SWT) dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah (SWT).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Huraian :

- Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat, dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas (dan berterusan) adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas (dan tidak konsisten).

- Seorang ahli hikmah berkata: Contoh orang yang beramal dengan riyaa’ atau sum’ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: “Alangkah banyaknya wang orang itu.”, tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa’ sum’ah, tidak ada pahalanya di akhirat kelak.

- Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.”

- Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah (SWT)itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah (SWT).

Valentine Day (Hari Kasih sayang)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day’ amat popular dan merebak di pelusuk dunia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui iklan-iklan tidak Islamik hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

Sungguh merupakan hal yang menyedihkan dan tidak sepatutnya terjadi apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikurnia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah.

“Valentin day” merupakan perayaan memperingati seorang paderi tetapi apabila dinobatkan sebagai hari kekasih, kita langsung menerimanya walaupun kita telah tahu sejarah dan asal usul bermulanya hari itu. Kita buat-buat tidak peduli. Hari ini ramai sudah tahu bahawa valentine mengambil sempena seorang paderi St. Valentino.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. Pelbagai acara diadakan pada hari itu oleh anika pertubuhan, orang perseorangan, edaran kad-kad ucapan hatta malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Justeru, secara ringkasan boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabda Nabi SAW :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan.

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturrahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar

Pengasas

Md Rozaidi Bin Abd Rahman =>
KPLI (Pend. Islam & Bahasa Arab), B.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM), M.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM).
Jika diizinkan Allah s.w.t., akan berusaha menyambung ke peringkat Ph.D.
insyaallah... Ameeen...
 

Featured