Feb 15, 2008

Bersandarkan hanya kerana Allah

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:

Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah (SWT) selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah (SWT) dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah (SWT). Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah (SWT) dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah (SWT).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Huraian :

- Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat, dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas (dan berterusan) adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas (dan tidak konsisten).

- Seorang ahli hikmah berkata: Contoh orang yang beramal dengan riyaa’ atau sum’ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: “Alangkah banyaknya wang orang itu.”, tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa’ sum’ah, tidak ada pahalanya di akhirat kelak.

- Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.”

- Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah (SWT)itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah (SWT).

No comments:

Pengasas

Md Rozaidi Bin Abd Rahman =>
KPLI (Pend. Islam & Bahasa Arab), B.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM), M.A. (Peng. al-Qur'an & as-Sunnah) (IIUM).
Jika diizinkan Allah s.w.t., akan berusaha menyambung ke peringkat Ph.D.
insyaallah... Ameeen...
 

Featured